HARI GURU SMTAQ 2012.....TERIMA KASIH ANAK-ANAK KU.....
Thursday, 17 May 2012 02:57
Pada 16hb Mei 2012 ( Rabu) bermula jam 7.40pagi Sambutan Hari Guru SMTAQ telah diadakan dengan meriahnya. majlis kendalian Majlis Kepimpinan Pelajar telah berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Kemesraan terjalin kukuh antara "anak-anak dengan ibu-bapa". Pelbagai aktiviti diadakan antaranya :
AGENDA SAMBUTAN HARI GURU SMTAQ 2012 : GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
PERARAKAN MASUK GURU SMTAQ KE DATARAN AL-KHAWARIZMI
NYANYIAN LAGU "KAMI GURU MALAYSIA"
PERSEMBAHAN PELAJAR : BACAAN HAFAZAN AL-QURAN OLEH SDRAHMAD MUJADDID BIN IZHARI (T1)
BACAAN DOA PAGI OLEH SDR ABDUL RAOF ABDUL RAHIM (T4)
PERSEMBAHAN PELAJAR : PERTUNJUKAN SENI SILAT OLEH PERSATUAN SENI SILAT SMTAQ
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OLEH USTAZ ABDULLAH HJ JANTAN
PERMAINAN GURU : MEMBINA MENARA IMPIAN
: PERTANDINGAN MEMASAK
: PERTANDINGAN MENGUKIR BUAH TEMBIKAI
JAMUAN GURU BERSAMA PELAJAR
SOLAT DHUHA GURU & PELAJAR
BACAAN YASIN DAN TAHLIL SERTA DOA KESYUKURAN : SDR MOHD EUSOFF BIN AMIRUDDIN (T5)
UCAPAN PENUTUP HARI GURU OLEH TN HJ ISMAIL YAACOB (PENGETUA SMTAQ)
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DARIPADA MURID KEPADA SEMUA GURU-GURU
SOLAT ZUHUR BERJEMAAH
MAJLIS UKUWWAH "ANAK BERSAMA IBU-BAPA" BERJABAT SALAM
PANORAMA HARI GURU SMTAQ 2012 : KAMI SAYANG CIKGU KAMI
Last Updated on Thursday, 17 May 2012 05:25
UMAIR BIN HANIFF dan MOHAMAD FAIZ AIDIE BIN HAMZAH KHATAM HAFAZAN AL-QURAN...MABRUK...
Monday, 14 May 2012 05:10
UMAIR BIN HANIFF dan MOHAMAD FAIZ AIDIE BIN HAMZAH dengan rasminya telah menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk pada 11hb Mei 2012 (Jumaat). Seperti kebiasaannya bumi SM Tahfiz al-Quran berada dalam keadaan amat tenteram dan cerah. Bermula jam 8.00 pagi Sdr Umair dan Mohammad Faiz telah diarak dan dikompangkan sebagai tanda gembira seluruh warga SMTAQ. Pihak keluarga kedua-dua pelajar dijemput sama bagi melihat dan mendengar sendiri anak mereka menghafaz khatam al-Quran. Dalam ucapan pada majlis itu Pengetua SM Tahfiz al-Quran melahirkan rasa amat gembira atas kejayaan kedua pelajar ini dan menyeru kepada seluruh pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan hafazan sebelum meninggalkan sekolah ini. Majlis khatam telah dipimpin oleh Datuk Hj Abdul Rahim b Kholiq al-hafiz. Semoga lebih ramai anak-anak muda kita menguasai pembacaan hafazan al-Quran ini. Mabruk....Mabruk...
Sdr Umair Haniff al-Hafiz dan Sdr Mohammad Faiz Hamzah al-Hafiz bersama keluarga dan barisan guru-guru meraikan majlis Khatam hafazan al-Quran 30 juzuk Sdr Umair Haniff al-Hafiz dan Sdr Mohammad Faiz Hamzah al-Hafiz dipimpin oleh Datuk Hj Abdul Rahim Kholiq al-hafiz dalam majlis Khatam hafazan al-Quran
SM TAHFIZ AL-QURAN BERSAMA DALAM EKSPO BUKU ANTABANGSA 2012
Monday, 14 May 2012 05:29
Pada 20hb April 2012 (Jumaat 7.30 pagi ) Unit Asrama dan Unit Tahfiz al-Quran SMTAQ telah berganding bahu dalam menjayakan lawatan berinformasi ke Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan kemajuan yang ditunjukkan mereka kerana menghafaz ayat al-Quran yang melebihi apa yang diberikan. Disamping itu semua exco asrama dibawa bersama . Antara lokasi mereka ialah PWTC dan Aquaria. Semoga lawatan ini akan menambahkan kegembiraan pelajar disamping sentiasa berusaha dalam akademik, tahfiz dan sahsiahnya.
Guru pengiring dari kanan Tn Hj Zainal Khamis , Ust Idris Jaamat da Ust Hairul Azmie bersama pelajar cemerlang tahfiz dan Exco asrama dalam lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa dan Aquaria.
Pelajar SM Tahfiz al-Quran berjaya dalam mengadakan lawatan ke Pesta Buku dan Aquaria...
Last Updated on Monday, 14 May 2012 05:46
KELAB PENGGUNA SM TAHFIZ TEMPAT KE-5 PERTANDINGAN CABARAN INTERAKTIF (CIP-KPS) KEBANGSAAN 2012
Tuesday, 08 May 2012 01:50
Membanggakan apabila wakil Kelab Pnegguna Melaka yang terdiri daripada pelajar SM Tahfiz al-Quran menduduki tempat ke-5 keseluruhan pada Pertandingan Cabaran Interaktif (CIP-KPS) Kebangsaan 2012 yang telah diadakan di Taman Wetland Putrajaya. Negeri Melaka telah diwakili oleh Sdr Mohd Aslam Norhan (T3), Sdr Muaz Amir (T4), Sdr Mohd Alif Kossim (T5) dan Sdr Muhd Shafie Ansari (T4). Pertandingan ini diadakan dalam pelbagai versi kemahiran seperti berlari hampir 30km, menaiki basikal, berkayak dan lain-lain amat menguji mental dan fizkal peserta cabaran ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelab Pengguna SMTAQ , semoga akan terus berusaha dimasa hadapan.
Pasukan CabaranInteraktif SMTAQ mendapat tempat ke-5 peringkat Kebangsaan yang diadakan di Wetland Putrajaya bergambar bersama guru pengiring Tn Hj Muhd Fauzi Ali, Tn Hj Ismail Yaacob (Pengetua) dan Ust Dahrom hashim (GPK 1)