Malam Kesenian Islam & Kecemerlangan Huffaz di SMTAQ
Friday, 30 July 2010 04:07
Tn Hj ismail merasmikan malam Kesenian Islam & Kecemerlangan Huffaz 2010
buat julung kalinya.
Pada 30hb Julai 2010 hari khamis malam Jumaat SM Tafhiz Cenderah di limpahi cahaya lampu untuk sambutan Malam Kesenian Islam dan & Kecemerlangan Huffaz. Majlis bermula sujurus selepas azan Maghrib dengan solat berjamaah seterusnya solat hajat dan bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Kemuncak program tersebut bermula sejurus selepas solat Isyak di dataran SMTAQ yang telah diubah dan digubah dengan penuh kreativiti dan inovasi. Sebuah pentas persembahan.
Persemnbahan Nasyid & Nazam dari Pasukan Soutul Azim SMKASM
Pasukan Nazam SMKA Sultan Muhammad (Shoutul Azim) antara kumpulan yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Selain itu pihak pengelola juga menjemput Kumpulan Qasidah Paya Ikan yang diketuai oleh Ust Hj Minhat. Pasukan Nasyid Soutul Zikr dari SM Tahfiz Al-Quran membuat penampilan penutup yang penuh gemilang. Dikesempatan malam ini juga disampaikan hadiah kecemerlangan Huffaz .
Semoga Ukhuwah yang terjalin diantara kedua-dua sekolah ini akan menyemarakkan lagi obor Dakwah Islamiah di kedua-dua buah sekolah.Amin.
PAGI JUMAAT BERSAMA AYAT-AYAT ALLAH
Monday, 05 July 2010 05:15
Bacaan Al-Quran setiap pagi Jumaat
Kearah melahirkan insan yang cintakan al-Quran. Pada setiap hari Jumaat bermula jam 7.20 pagi - 7.40 pagi para pelajar akan membaca al-Quran secara beramai-ramai. Dengan diketuai oleh pelajar tingkatan 5 pelajar ini akan mengikuti bacaan al-Quran . Selepas bacaan al-Quran akan diadakan tazkirah yang akan disampaikan oleh pelajar tingkatan 5 secara bergilir-gilir. Ingin memupuk semangat berani serta cintakan ilmu pelajar ini akan memberikan tazkirah mengikut isu-isu semasa sekolah. Nasihat dari rakan sebaya adalah diperlukan bagi membentuk pelajar Tahfiz yang lebih bersahsiah....semoga Allah rahmati usaha murni ini..
PROGRAM SECANGKIR KOPI SIRI 2/2010 BERSAMA POLIS JASIN
Wednesday, 21 July 2010 06:40
Gambar ASP Jamsani memberikan ceramah kepolisian
dan gambar kenangan bersama pelajar Tahfiz SMTAQ
Pada 14hb Julai 2010 (Rabu ) jam 3.00 petang bertempat di Surau al-Muttaqin program Secangkir Kopi siri 2/2010. Siri pertama yang diadakan pada bulan Februari dengan bertetamukan Pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan (Jasin)disambung pada siri ini dengan bertetamukan ASP Jasmani Othman dari IPK Jasin. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Aniq (GBK) ,Unit Disiplin dan Kelab Pencegahan Jenayah SMTAQ dengan kerjasama Unit Asrama SMTAQ. ASP Jamsani telah menyampaikan ceramah yang menarik dengan slot Jenayah Remaja dan Hukumannya. Diselang selikan dengan motivasi dan interaksi bersama pelajar, program ini tampak bertambah ceria dan bersemangat. Akhir kata dari ASP Jamsani kepada pelajar Tahfiz SMTAQ ialah jadilah pemimpin umat yang sejati kerana mereka yang berorientasikan agama akan mampu membimbing masyarakat ke arah kesejahteraan. Ceramah beliau ditamatkan pada jam 4.30 petang dengan penyampaian cenderahati disampaikan oleh Ustaz Abdullah Hj Jantan (GPK HEM)
SUKAN TAHUNAN SMTAQ 2010....MERIAH......
Monday, 05 July 2010 04:47
Moto Sukan Tahunan SMTAQ 2010, 1 Huffaz, 1 Sukan , SMTAQ telah berjaya mengadakan Sukan Tahunannya pada 29hb - 30hb Jun 2009. Pada thun ini acara yang dipertandingan ialah Acara balapan seperti 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m, lempar cakera, lontar peluru dan acara perbarisan. Manakala acara padang pula membabitkan acara bolasepak dan acara tarik tali. Sekalung tahniah kepada GPK Koku dan krew kerana telah berjaya dalam penganjuran sukan tahun ini. Rumah Hijau telah diistiharkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan pada tahun ini. majlis penutupan rasmi Sukan Tahunan telah dilakukan oleh Yang Berusaha Tn Hj Ismail Yaacob (pengetua). Semoga SMTAQ terus cemerlang...amin..
Ragam Sukan Tahunan SMTAQ 2010. Semoga kecemerlangan berterusan