Gambar: Ustaz Mohd Nidzam sedang mencuba untuk strike, gaya memegang buah kelapa.
Sempena cuti peristiwa Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang, pada hari Selasa 17 November 2009 guru-guru mengambil kesempatan mengadakan LADAP VII iaitu dengan mengadakan Pertandingan Bowling Antara Guru di Pusat Bowling Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. Tahniah kepada guru yang berjaya menumbangkan pin bowling terbanyak iaitu Encik Mohd Haishah Zuki.
Gambar: beberapa orang pemerhati daripada kalangan guru.
Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan Islam yang sudah sedia terjalin di kalangan guru.