Guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Diharapkan cuti persekolahan ini, para pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk memperbanyakkan hafazan serta dapat bersama-sama masyarakat setempat dalam aktiviti keagamaan.
Pihak sekolah juga telah mengadakan Bacaan Yasin, tahlil yang diterajui oleh PK Hal Ehwal Murid, Encik Abdullah bin Jantan. Pada pukul 10.00 pagi, semua guru telah menghadiri Jamuan Perpisahan untuk guru-guru yang akan berpindah. Semoga guru-guru ini akan lebih berjaya dalam mendidik anak bangsa.