PENTOMIN SM TAHFIZ AL-QURAN DI DEWAN SMKA SULTAN MUHAMMAD.
Monday, 05 July 2010 04:28

 

Pentomin dari pelajar SM Tahfiz al-Quran , Jasin dimalam Kesenian Islam SMKA Sultan Muhammad

 

Pada 26 hb Julai 2010 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan SMKA Sultan Muhammad, telah diadakan Malam Kesenian Islam anjuran Badan Dakwah SMKA Sultan Muhammad. Pelajar Tahfiz Al-Quran telah dijemput bagi mengadakan persembahan pentomin berkisar kepada dakwah Islamiah. Dibawah bimbingan Ustaz Johari Salih dan Ustaz Azlan Abu Kassim para pelajar telah menunjukkan satu persembahan yang baik. Disamping persembahan ini diadakan juga persembahan Nasyid dari SMKA Maahad Muar (Johan Kebangsaan) dan persembahan Nazam dari SMKA Sultan Muhammad (Johan Negeri Melaka). Tahniah diucapkan kepada pelajar Tahfiz yang berusaha menjayakan malam kesenian ini serta diucapkan terima kasih kepada SMKA Sultan Muhammad atas undangan. Moga persahabatan antara sekolah ini berkekalan....Amin

 

 

 

 

 

 

 

Demi Masa

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Mutiara Kata

Pengunjung

widgeo.net

PELAWAT