Chenderah, Jasin - Latihan Dalam Perkhidmatan V telah diadakan pada 5 November 2009 di Dewan SMTAQ. Penceramah LADP kali ini ialah Puan Siti Hawa Mohd Nor dan Encik Sahrossam bin Abdul Majid. LADP bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Tajuk yang diketengahkan oleh Puan Siti Hawa bertajuk 'Pengurusan Fail Panitia' dan Encik Sahrossam memberi penerangan tentang 'Disiplin'. Turut hadir bersama ialah pengetua, PK Akademik, PK Kokurikulum dan Penyelia Tahfiz. Diharapkan LADP mampu memberi kesan positif dalam pengurusan dan P&P di sekolah ini.