Warga SMTAQ ingin mengucapkan tahniah atas perpindahan tiga orang guru iaitu Encik Syafiee bin Mohamad, Encik Zakaria bin Abdul Ghani dan Encik Abdul Wahab bin Abu Samah pada tahun 2010. Encik Syafiee merupakan guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2, 4 dan 5 serta Guru Laman Web Sekolah manakala Encik Zakaria ialah Guru Tahfiz sekolah ini. Encik Abdul Wahab merupakan guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5.
Encik Syafiee dilahirkan di Kg. Pulai, Merlimau, Melaka. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serkam sebelum mengikuti peringkat menengah di SMK(A) Sultan Muhammad. Selepas SRP, beliau ditawarkan memasuki Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1993-1997.
Encik Zakaria dilahirkan di Kg. Pulai, Merlimau, Melaka. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulai seterusnya ke SMA Assaiyidah Khadijah, Merlimau. Beliau mengikuti Diploma Tahfiz JAKIM di Maahad Tahfiz Chenderah dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada UIN, Riau, Indonesia dalam bidang Dakwah dan Komunikasi.
Encik Abdul Wahab yang berasal dari Nyalas, Jasin. Diberikan pendidikan di SMK Tun Perak dan melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perakaunan di Universiti Utara Malaysia, Sintok serta Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau akan ditempatkan di SMK Pokok Sena, Kedah.