Khatam Hafazan Al-Quran & Penyampaian Hadiah 2009
Monday, 16 November 2009 00:58

16 November 2009 - Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran meraikan huffaz Al-Quran dan para pelajar yang telah mencapai kedudukan tertinggi dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Penilaian Menengah Rendah 2008 serta kecemerlangan akademik 2008-2009.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan paluan kompang mengiringi huffaz dan ibu bapa masing-masing. Turut bersama ialah Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim Kholiq Al-Hafiz, Tuan Haji Muhammad Muchtar bin Abdul Rachman Al-Haffiz serta guru-guru Tahfiz SMTAQ. Mereka kemudiannya memasuki Surau SMTAQ untuk memulakan majlis Khatam Hafazan Al-Quran.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohamd, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Melaka serta Tuan Haji Abdul Wahit bin Kidam, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Melaka. Semoga majlis ini mendapat keberakatan daripada Allah serta mampu menambah bilangan huffaz dalam negeri Melaka pada masa-masa akan datang.

Last Updated on Friday, 20 November 2009 13:44
 

 

Demi Masa

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Mutiara Kata

Pengunjung

widgeo.net

PELAWAT